Wednesday, 20 August 2008

Bismillahi Ar Rahman, Ar-Rahim..
Dengan izin tuan rumah blog ini , saya meminta kerjasama beliau agar dapat melampirkan sebingkis luahan fikiran daripada saya. Pada mulanya agak keberatan tetapi akhirnya membenarkan juga untuk lampiran saya ini menjadi sebahagian posting beliau di dalam blog ‘zon bebas fikir’ ini. Terima kasih saya ucapkan. Ini adalah sekadar bingkisan luahan fikiran dan bukannya satu pemberontakkan … Ingin saya dengan rasa rendah diri menarik perhatian pembaca kepada satu isu yang sudah terlalu lama menjadi satu perbincangan yang cukup menyentuh sensitivity global dari aspek keagamaan, bangsa, budaya, dan gender…. Iaitu ‘GENDER BIAS’. Ingin saya tekankan disini sekali lagi bahawa penulisan saya adalah sekadar luahan fikiran tidak bermaksud untuk mengguris mana-mana pihak.
Anyhow, saya selalu terfikir ya, mengapa seseorang wanita itu dikatakan syurganya dibawah tapak kaki suami seperti mana seorang anak itu dikatakan syurganya terletak dibawah tapak kaki si ibu. Ya lintasan ayat ini bukanlah untuk diperlelaskan secara literal kerana tidak ada syurga di bawah tapak kaki, hanya garisan-garisan halus. Cuma indikasi ayat di atas memberikan satu fundamental understanding bahawa seorang isteri harus mentaati si suami mengatasi ibubapa sendiri. Adakah ini satu fakta atau sekadar mitos. Perkara ini saya bangkitkan adalah kerana saya mula mempersoalankan tatasusila suami kepada isterinya. Apabila saya meninjau akan al quran dan saya agak surprise sebenarnya kerana tidak ada sebarang naskh di dalam al quran yang dapat diterjemahkan untuk meng ‘emphasis’ bahawa perempuan harus tunduk pada lelaki. Yang hanya diperjelaskan didalam al quran iaitu ialah “lelaki itu adalah pelindung/penjaga bagi wanita”. Maaf ya saya tidak berapa ingat akan specification ayat ini. Adakah benar bahawa perempuan tidak boleh menjadi seorang pemimpin. Sedangkan kita sudah cukup arif dengan sejarah kepimpinan Ratu Balqis. Malah Al-Qur'an menceritakan kepimpinan Ratu Balqis, seorang Raja mentadbir sebuah Negara yang masyhur.
27:23. Aku mendapati seorang perempuan memerintah mereka, dan dia diberi segala sesuatu, dan dia mempunyai singgahsana (arasy) yang besar.
Untuk mengukuhkan lagi pendapat ini ingin saya sentuh tentang bagaimana Rabiatul Adawiyah seorang wali qutubbul alam pada hayatnya berjaya memimpin dan mendidik ummah untuk mengenal ilmu ketuhanan. Tidak keterlaluan sekiranya saya melabelkan Khadijah Al Khubra sebagai ‘leading women’. Rasulullah sendiri bukan sahaja menyanyangi beliau tetapi juga turut menyanjungi akan kehebatannya sebagai pemimpin, dan seorang tokoh yang muktabar. Ini adalah kerana beliau telah banyak membimbing, menyokong dan berkorban secara total tatkala Islam begitu Asing dimata masyarakat.. Bukan niat saya untuk membuat satu illustrasi bahawa Khadijah adalah wanita yang mengdominasi atau ‘supersede’ Nabi Muhhammad, Cuma saya sekadar membenarkan satu proverb yang berbunyi seperti ini “ behind a successful man there stand a magnificent women”. Di zaman kenabian Rasulullah sendiri, Siti Aisyah dan Ummu salamah adalah antara pemimpin-peminpin yang notorious dan cukup terkenal dengan kebijaksanaan serta ketaqwaannya kepada Allah. Ramai lagi wanita-wanita yang hebat yang dapat saya jadikan sebagai satu icon kepada ‘the real truth’ about gender bias.Yang diutamakan adalah sifat-sifat beliau sebagai seorang pemimpin yang arif lagi bijaksana. Antara sifat-sifat itu adalah kebolehan beliau untuk memenuhi tuntutan jawatannya, kecekapan dalam menangani hal-hal pemerintahan dan pentadbiran, keupayaan membuat keputusan yang bijaksana, serta keteguhan dan ketabahan tingkahlaku dan juga sifat takwa yang beliau miliki.Hakikatnya wanita dan lelaki adalah setaraf. Ini adalah satu yang nyata dibuktikan di dalam Quran. Cuma bagaimana intrepertasinya, sama-sama kita renungkan.
33:35. Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang merendah hati dan perempuan yang merendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingati Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingati - bagi mereka, Allah menyediakan keampunan dan upah yang besar.
4:124. Dan sesiapa membuat kerja-kerja kebaikan, lelaki atau perempuan, dan dia seorang mukmin, mereka akan masuk Taman, dan tidak dizalimi satu bintit pun.
9:71. Dan orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain; mereka menyuruh yang baik, dan melarang kemungkaran; mereka melakukan solat, dan memberikan zakat, dan mereka mentaati Allah dan rasul-Nya. Mereka itu, kepada mereka Allah mengasihani; sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.
Para pembaca sekali, jelas lagi nyata bahawa tugasasan yang disebut di dalam al quran baik untuk lelaki mahupun perempuan adalah sama samada didunia atau akhirat.Tetapi jika dilihat, penghormatan kepada ibu dan bapa amatlah secara terang dan berulang-ulang disebut didalam alquran. Tetapi dimanakah ayat-ayat yang menjelaskan status seorang isteri itu adalah lebih rendah dari lelaki. Malah ayat-ayat al quran secara berulang-ulang menjelaskan bahawa semua manusia adalah sama sahaja. Adakah notion that women have to obey man is simply just a mere fairytales. Unfortunately society’s perception is departing far from what Allah has command in his Holy Book. Secara peribadi, what has been dictated by Allah I that tidak kira lelaki ataupun perempuan , suami atau isteri kita disuruh untuk berakhlak mulia…mudah bukan. Tidak seperti amalan sistem atau custom masyarakat kita yang mengasingkan wanita dari kolompok kepimpinan. Meskipun ada, tetapi ruangan untuk kaum anita untuk mepelopori sistem kepimpinan social, ekonomi dan politik telah dikuotakan.Kekalutan Gender Bias ini sebenarnya adalah ciptaan manusia yang menjadikan satu budaya dan cara hidup dengan mengasingkan wanita dalam capacity kepimpinan. Women has to work twice as hard as men to be in the league. Pembaca yang saya hormati kerana keadaan saya agak sibuk dengan kerja maka sampai disini sahaja penulisan saya, untuk judul ini. Saya mengalu-alukan komentar-komentar bernas atau bidasan-bidasan jujur anda.
Wasalam.

No comments: